There was an error in this gadget

Tuesday, March 24, 2009

Lembu oh Lembu.......


Inilah lembu untuk kenduri perkahwinanku. lembu jantan lagi.....ganaz gak lembu ni...garang semacam. Masa orang kampung aku nak sembelih lembu ni, punya la payah. Dia melawan semacam jek. Takut sangat. Aku cuma takut terlepas je...masak la nak cari lembu mana...dah la lembu la ni mahai.... yang ni pun dah RM2550.00. Mahal tau!
Bila dia kena sembelih je...ya Allah...takutnye aku dengar lembu ni punya dengusan....memang dia berdengus semacam je....sakit satu hal....tapi apa nak buat...lembu memang makanan manusia... Yang best nyer, lembu ni unik skit....keliling maat dia warna hitam, macam pakai sun glasses....pastu badan dia macam lembu switzerland.....lembu susu tu!!!! padahal lembu ni lembu kampung jer....tapi memang unik la...tu yang aku ambik gambar lembu ni untuk kenang-kenangan....kulit lembu ni sapa je la yang ambik....leh buat kompang kot....(boleh ker?)
14hb Mar pukul 2pm lebih kurang la...tamat la riwayat lembu ni.....untuk dijamu kepada sanak saudara, rakan taulan pada keesokan harinya. Terima kasih lembu....jasamu ku kenang sepanjang hidup ku....