Wednesday, January 5, 2011

Masak-memasak...memang menyeronokkan!!!


Sekarang waktu untuk bercerita tentang keterujaan aku....keterujaan yang bagaimana? Semestinya keterujaan aku dalam masakan, kerana sebagai seorang perempuan/wanita/dan apa saja yang boleh dikategorikan bersamaan dengannya masakan terlalu sinonim dgnnya. Betulkan???!! Aku rasa semua setuju dengan apa yang ingin aku perjelaskan. Aku rasa dalam 3 bulan kebelakangan ini, aku semakin meminati 'DAPUR'. Kenapa aku kata begini? Kerana sebelum ini, aku memang bukan perempuan yang 'kaki' dapur. Aku bukan orang yang selayaknya untuk dikatakan sebagai rajin. Aku memang tak suka masuk dapur, kecuali untuk makan, dan selain dari itu, bukan aku la tu. Selama 32tahun aku hidup, belum pernah sekalipun aku masak untuk menjamu orang makan. Kalau dulu masa hidup bujang, memang aku ada memasak, tapi hanya untuk perutku sendiri, dan yang aku masak biasanya adalah benda-benda yang simple, seperti nasi goreng, bubur nasi or goreng telur, masak nasi dan makan!! Mudahkan hidup ini.
Ni aku nak cerita ni, selepas bergelar seorang isteri, aku masih tak masak, sebab utama kerana suamiku bukan orang yg suka makan sebarangan. Dia akan makan benda yang dia suka sahaja, contohnya ikan masak singgang + budu + ulam-ulaman. So tersangatlah mudahnya dan sendiri buat la beb!! Aku mana masuk budu-budu ni.....tak leh jalan lagi, bukan tak try tapi memang lom boleh telan la. Maklum la...aku ni kan orang Selatan. Kalau cincalok tu mau 3 pinggan....best! Tapi bila aku jumpa semula dengan kawan2 Sharodz dan mereka selalu berkongsi apa saja termasuk la menu makanan setiap hari, aku jadi seronok. Setiap hari aku akan tunggu apa saja yang mereka akan update dalam FB pasal makanan. Sehingga la kami-kami membuat satu group pasal masakan. Ianya telah membuka mataku. Seharusnya aku mencuba sesuatu yang aku tak pernah buat sepanjang usiaku. Betulkan...tak cuba tak tau!! Itu kata-kata hikmat yang aku pegang. Aku suka!! Aku teruja!! Apalagi....start dari itu, aku mencuba setiap resepi yang dipostkan di dalam group, dan kekadang aku sendiri akan mencari resepi2 baru untuk ku cuba.....dan yang paling best setiap apa yang aku masak, suamiku akan kata...sedap la....best la...dan dia akan makan bersungguh2. Maunya tak seronok bila ada yang menghargai apa yang kita buat.
Banyak benda yang aku dah cuba, dari masakan lauk hingga ke kuih - muih sehingga ke kek. Memang betul kata orang-orang tua, perempuan setinggi mana pun dia belajar, akhirnya akan ke dapur juga. Tak kira walauapa keadaan sekalipun. Betulkan?? Aku suka, dan aku rasa semua orang pun suka bila kita buat sesuatu dan dinikmati oleh orang tersayang. Mama suka, papa suka, Karman suka, adik-adik ku juga suka...dan yang peling penting aku...aku puas! Aku puas sebab aku dapat mengembirakan semua oarang dengan membuatkan perut mereka kenyang. Best wo!! Dan Insyaallah, aku akan kekal menjadi isteri yang suka ke dapur, bukan saha untuk makan, tapi menyediakan makanan....

Saturday, November 21, 2009

Sebenarnya...kenyataan susah untuk diterima....

Mungkin benar, kalau apa yang ditegur itu susah untuk kita terima...kerana keegoan diri yang menebal...dan mungkin itulah aku....Kata-kata mama semalam benar-benar menusuk ke dalam sanubari....mama memang benar...aku selalu menyulitkan keadaan. Itu sifat buruk ku yang sehingga kini tak dapat untuk ku kikis.
Mama...maafkan aku...dalam ketidaksedaran aku telah melukai hati mu....aku terkadang lupa dengan keadaan sekeliling sehinggakan aku mengabaikan segala yang ada di kiri dan kananku. Mama sememangnya benar, sekarang aku belum punya anak, dan mungkin jika diizinkan Allah, aku juga akan punya anak, zuriat aku dan suami ku, dan di situ aku akan faham apa yang mama cuba sampaikan padaku.Bukan mudah untuk menjadi seorang ibu, juga seorang isteri. Bukan mudah untuk membahagiakan semua orang, dalam erti kata yang sebenarnya. Terkadang aku jadi takut dengan bayang-bayang ku sendiri. Apakah mampu untuk ku menjadi yang terbaik, ataupun sekadar mengisi ruang-ruang yang kosong. Mungkin aku melihatnya sebagai satu keperluan atau sekadar cukup syarat. Kesian mama. tersepit diantara aku dan adik-adik yang lain. Aku seharusnya memahami apa yang tersirat dan tersurat dihati kedua orang tua ku, terutamanya mama. Mama yang selama ini banyak berkorban untuk ku. Mama yang selama ini banyak mengeluarkan airmatanya untuk anak-anaknya.Aku berdosa membuatkan mama serba salah, membuatan mama merasa tak selesa. maafkan aku mama....aku bukan anak yang baik untuk dijadikan contoh pada adik-adik yang lain.

Monday, August 10, 2009

Bisnezzzz Ku........






Aku sedang berjinak-jinak dalam perniagaan secara kecil kecilan. Ini adalah diantara koleksi brooch yang aku ada untuk dijual kepada sesiapa yang berminat. Jika berminat sila hubungi saya untuk proses penghantaran ditalian : 019-613 6362 (Intan Lily Julieana)

Brooch berbentuk Apple ada mempunyai 12 jenis color, seperti white, red, pink, purple dsb.

Gambar kedua, brooch jurai kecil, juga mempunyai 10 jenis color. Warna-warna basic seperti merah, pink, hijau dsb.

Yang kartun-kartun tu, ada banyak jenis..sesuai untuk kanak-kanak perempuan yang mak ayah dh galakkan pakai tudung. Ada banyak sangat bentuk. Ini adalah diantaranya la....klu nak letak semua nanti tak cukup la...lagipun mak bajet ciput nyah!!! ehe......

Tuesday, March 24, 2009

Lembu oh Lembu.......


Inilah lembu untuk kenduri perkahwinanku. lembu jantan lagi.....ganaz gak lembu ni...garang semacam. Masa orang kampung aku nak sembelih lembu ni, punya la payah. Dia melawan semacam jek. Takut sangat. Aku cuma takut terlepas je...masak la nak cari lembu mana...dah la lembu la ni mahai.... yang ni pun dah RM2550.00. Mahal tau!
Bila dia kena sembelih je...ya Allah...takutnye aku dengar lembu ni punya dengusan....memang dia berdengus semacam je....sakit satu hal....tapi apa nak buat...lembu memang makanan manusia... Yang best nyer, lembu ni unik skit....keliling maat dia warna hitam, macam pakai sun glasses....pastu badan dia macam lembu switzerland.....lembu susu tu!!!! padahal lembu ni lembu kampung jer....tapi memang unik la...tu yang aku ambik gambar lembu ni untuk kenang-kenangan....kulit lembu ni sapa je la yang ambik....leh buat kompang kot....(boleh ker?)
14hb Mar pukul 2pm lebih kurang la...tamat la riwayat lembu ni.....untuk dijamu kepada sanak saudara, rakan taulan pada keesokan harinya. Terima kasih lembu....jasamu ku kenang sepanjang hidup ku....

Friday, March 6, 2009

Hari-hari terakhir sebelum bergelar "ISTERI"


Nampaknya aku akan meninggalkan zaman bujang ku...status yang paling aku gemar sejak seabad lalu...sejak aku kecil dari 0 hari sehinggalah 32tahun aku memegang title itu...."Bachelor"
Namun, itu adalah pusingan normal untuk setiap manusia diatas mukabumi ini. Yang muda pasti tua, yang sihat pasti sakit, yang kuat satu hari akan lemah dan yang bujang akan berkelamin. Itu proses yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Aku bersyukur atas nikmat yang diberikan oleh-Nya padaku. Dia memberi aku peluang untuk merasai proses yang telah ditetapkan walaupun sedikit kelewatan. Terima kasih Tuhan. Aku teramat bersyukur atas anugerah dari-Mu.
19 Februari 1977, tepat jam 10.30am seorang bayi comel telah dilahirkan dari rahim seorang wanita yang amat kusayangi. Mamaku melahirkan aku dirumah nenekku di Kg Sialang, Tangkak. Papaku adalah orang yang paling gembira saat itu, kerana dia kini bergelar seorang ayah. Menerima kehadiran cahayamata yang sulung adalah saat yang paling bersejarah dalam hidup semua orang. Betapa papaku terlalu terharu atas pemberian ini, sehingga menitiskan airmata saat itu juga (ni mama aku yg bgtau...hehhehehe). Dengan nada sayu, papaku melaungkan azan ke telinga puteri sulungnya (aku la tu). bayi itu seolah2 mengerti...bahawa itu adalah papanya. kehadiran ku saat itu diterima dengan gembira oleh semua orang. Alhamdulillah...... Papa mendaftarkan kelahiranku di Pejabat Pendaftaran Negara Tangkak dengan nama INTAN LILY JULIEANA BT ROSILY. Gabungan nama papa dan mama ku... Intan (mama), Lily (bahasa papaku pada mamaku) dan Julieana adalah namaku. Dengan nombor pendaftaran sijil kelahiran D565661, kelahiran ku didaftarkan dengan cemerlang. Alhamdulillah, sekali lagi ku bersyukur kepadamu Ya Allah, memberikan aku kedua orang tua yang menyayangi ku, membimbing aku sehabis baik. Tiada sedikit pun kekurangan. Segalanya cuba diberikan kepadaku, mengikut kemampuan papaku yang ketika itu baru beberapa tahun bergelar guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Kapal, Pengerang Johor. Aku bahagia sekali....gembira dikasihi dan disayangi sepenuh hati. Insyaallah selamanya! Amin....
Aku menjalani proses pertumbuhan dengan baik, dengan kehadiran adik-adik ku, yang seramai 5 orang, telah membuatkan aku lebih bahagia. Menjadi kakak yang sulung, tidak payah bagiku kerana mamaku tidak pernah membebankan aku dengan menjaga adik-adik. Aku diberi kebebasan untuk bermain atau apa saja. Yeah!!! Betapa aku gembira sekali, bermain dengan adik-adik ku......dengan rakan sekampung. Dan sesekali kena rotan dengan papaku kerana pulang lambat kerana leka bermain. Rutin harian ku ketika itu hanyalah bermain, belajar dan mengaji. Waktu mengaji adalah pada waktu selepas maghrib...so bila lambat mandi..lambat la pegi mengaji...tu yang kena bantai tu...padan muka aku!!! Dari seorang kanak-kanak perempuan yang sedit comel...hehheheh kepada seorang anak gadis dan kini aku telah menjadi seorang wanita. Wanita yang akan mengakhiri zaman solonya kepada kehidupan berumahtangga. Berkongsi segala-galanya dengan sang suami. Nasib baik suami itu adalah orang yang aku sudah kenali lebih setahun dulu...bayangkan lah jika Family arrangement?? wah!! tak ke naya....nak share segalanya?! "Makan hati tau"
Kini, barulah aku mengerti, betapa aku benar-benar beruntung. memiliki kedua ibubapa yang menyayangi aku sepenuh hati. Memberikan aku didikan yang sempurna. Menyuluh aku kala aku didalam kegelapan. Menumpangkan bahunya untuk aku menangis, apabila aku di dalam kesedihan. Betapa baru ku tahu, menjadi seorang wanita itu bukan mudah. Kekuatan, dan ketabahan menjadi tunggak utama dalam setiap diri seorang wanita. Baru ku tahu, betapa beratnya tangunggan yang mamaku tanggung semenjak bergelar seorang isteri disaat umurnya baru menginjak 18tahun saat dia menikahi papaku. Betapa besarnya pengorbanannya sebagai seorang ibu yang melahirkan anak-anaknya diwaktu umurnya baru berusia 19tahun. Betapa mamaku terpaksa menjaga adik-adiknya sewaktu ibunya meninggalkan dunia ini ketika mamaku baru berusia 10tahun. Dan betapa bangganya aku kerana memiliki seorang mama yang kuat dan tabah. Mama tak pernah merungut pabila anak-anaknya tidak mendengar kata. Mama tak pernah menjerkah, bila aku dan adik2 tak mahu mandi untuk pergi mangaji. Mama tak pernah bersungut kalau papa tak belikan gelang emas. Heheheheh.....nasib baik la....aku pun tak berapa suka pakai barang kemas....rimas.... Cuma mama akan bersungut kalau kami periksa tak dapat nombor satu, tapi mama akan kata "tak pe usaha lagi"! Itulah wajah seorang ibu. Mamaku sayang. Dan aku.....? Bolehkah aku menjadi sepertinya? Menjadikannya idola ku untuk aku terus tabah dan kuat dalam menempuhi segala dugaan dan cabaran dalam hidup ini.
Semoga selepas aku bergelar seorang isteri, aku akan mampu menjadi seperti mama. Kalaupun tidak semua, mungkin sedikit sebanyak perwatakannya akan menyerap dalam sanubariku. Sekurang-kurangnya semangat mama akan membuatkan aku sepertinya. Amin......
Kini hanya tinggal seminggu sebelum aku sah menjadi isteri kepada Karman b. Alias. Ya Allah! Kau kekalkanlah hubungan kami sehingga ke akhir hayat. Kau harmonikan lah rumahtangga aku suami isteri selamanya..... Amin.

Friday, February 6, 2009

Lama tak mengarang.....


Dah lama sangat aku tak mengarang dalam blog ni...masalahnya banyak sangat yang sedang difikirkan...sampai berserabut kelapa hotok ni...hehehehe. Aku kekadang sampai dah naik tension. Mana taknya, sebulan lagi majlis perkahwinanku akan menjelang tiba tapi banyak yang belum siap...ayah aku siap renovate rumah lagi...aduhai...yang kesian nye mama aku la...dia dah la sesorang kat umah tu...adik pompuan aku ada la 2 orang kat umah tu tapi bukannya leh harap pun...yang sorang tu taunye cuma basuh baju, sidai baju dgn sapu sampah je....kekadang rajin datang baru la basuh pinggan...yang sorang lagi tu mmg tak harap pun sebab OKU...takpe la...tapi aku kira mama pun tak harap dengan diorang gak sebab mama aku ni perfectionist orang nyer. Serba serbi nak kena sempurna letak duduknye. Hai la mamaku sayang!
Tu baru kisah mama aku, papa aku pulak lain hal nye....sibuk renovate rumah...dah upah orang tu dah la...dia pun sama nak menyumbangkan tenaga...dah sampai terhempap beruti kaki dengan jari tangan. Siap biru dah kuku tu....mama and papa aku ni memang orang yang tak tau nak duduk diam. Ada je benda yang nak dibuatnye. Dah la projek ayam kampung baru nak bermula, projek kambing lagi...hai macam2. Kesian aku dengan parents aku, buat memacam untuk anak2 dia...sampai kekadang tu badan penat pun diorang tak hiraukan...ntah bila masa berehat pun aku tak tahu....rasanye tido bukan nya lama pun..klu aku balik kampung tu, pukul 2 - 3 pagi baru tido dok bersembang dengan kitorang...pukul 6 dh bangun...hush...berapa jam je tido. Pastu bukan ada baring2 lagi pun....macam tu la aktiviti diorang...
Sebenarnya aku risau....lagi2 bila dah dekat sangat majlis aku...risaukan komitmen yang akan aku tanggung. Risaukan tanggungjawab yang akan aku pikul...besar tanggungjawab tu beb..bukan mudah....dan tak lama lagi aku akan ada 2 buah famili...famili aku dan famili suami....dah lagi satu hal....takut la...aku bukan biasa...lagi pulak orang pantai timur ni...lain skit fesyen nye...cuak aku...aduyaiii

Monday, December 22, 2008

Kumpulan Tarian


Mi la gambar aku masa aku standard 1 Melor kat Sek. Ren (K) Ledang, Tangkak Johor 1984. Masa ni ada pertandingan tarian zapin & inang peringkat sekolah2. Kalau dibelek bebetul, mesti tau yang mana satu aku. Aku la budak yang paling cute...hehehehhehe. Cikgu yang mengajar aku menari masa tu ialah Cikgu Norlia, Cikgu Zaidah & Cikgu Latif (arwah). 2 cikgu perempuan tu, adalah cikgu yang paling vogue kat sekolah aku masa tu. Memang posing abis la...mengalahkan artis. (Jangan mare cikgu) Masa tu badan pun tengah ringan lagi, so memang seronok sangat aku menari. Lagi la pulak masa tu bebudak lagi, apa dibuat semuanya nampak comel. Kami buat persembahan sampai kat Balai Polis tau. Lawan antara sekolah2. Memang best la....Yang kelakarnye time cikgu nak make-upkan la...wah! masa tu bukan main suka. Lepas pakai lipstick, mulut tak boleh nak rapat sangat...takut lipstick hilang....kelakarkan...masa bebudak dulu..otak lom matured lagi..tu yang suka bukan main bila dapat di make upkan tu.....Baju kebaya tu ditempah khas untuk kumpulan tarian (standard 1). Yang tak tahan tu warna pink....hush....kalau la sekarang memang pecah muka aku pakai warna pink...warna yang paling aku tak gemar dalam hidup aku....warna adik2 ni...auw!! Seronok kan zaman sekolah dulu...takde pun nak pening fikir macam2...tak payah nak fikir macamana nak cari duit nak bayar hutang, nak menyempurnakan hidup...happy jer...ketawa, gembira....yang paling best leh memain sampai kena bantai dengan papa aku sebab tak tau nak balik mandi & pegi mengaji....hehehehhe sakit tau kena bantai.... Tapi itulah kehidupan...macam satu pusingan...sekarang tahun 1984 dah lama berlalu..dan aku kini deorang DEWASA.