There was an error in this gadget

Wednesday, January 5, 2011

Masak-memasak...memang menyeronokkan!!!


Sekarang waktu untuk bercerita tentang keterujaan aku....keterujaan yang bagaimana? Semestinya keterujaan aku dalam masakan, kerana sebagai seorang perempuan/wanita/dan apa saja yang boleh dikategorikan bersamaan dengannya masakan terlalu sinonim dgnnya. Betulkan???!! Aku rasa semua setuju dengan apa yang ingin aku perjelaskan. Aku rasa dalam 3 bulan kebelakangan ini, aku semakin meminati 'DAPUR'. Kenapa aku kata begini? Kerana sebelum ini, aku memang bukan perempuan yang 'kaki' dapur. Aku bukan orang yang selayaknya untuk dikatakan sebagai rajin. Aku memang tak suka masuk dapur, kecuali untuk makan, dan selain dari itu, bukan aku la tu. Selama 32tahun aku hidup, belum pernah sekalipun aku masak untuk menjamu orang makan. Kalau dulu masa hidup bujang, memang aku ada memasak, tapi hanya untuk perutku sendiri, dan yang aku masak biasanya adalah benda-benda yang simple, seperti nasi goreng, bubur nasi or goreng telur, masak nasi dan makan!! Mudahkan hidup ini.
Ni aku nak cerita ni, selepas bergelar seorang isteri, aku masih tak masak, sebab utama kerana suamiku bukan orang yg suka makan sebarangan. Dia akan makan benda yang dia suka sahaja, contohnya ikan masak singgang + budu + ulam-ulaman. So tersangatlah mudahnya dan sendiri buat la beb!! Aku mana masuk budu-budu ni.....tak leh jalan lagi, bukan tak try tapi memang lom boleh telan la. Maklum la...aku ni kan orang Selatan. Kalau cincalok tu mau 3 pinggan....best! Tapi bila aku jumpa semula dengan kawan2 Sharodz dan mereka selalu berkongsi apa saja termasuk la menu makanan setiap hari, aku jadi seronok. Setiap hari aku akan tunggu apa saja yang mereka akan update dalam FB pasal makanan. Sehingga la kami-kami membuat satu group pasal masakan. Ianya telah membuka mataku. Seharusnya aku mencuba sesuatu yang aku tak pernah buat sepanjang usiaku. Betulkan...tak cuba tak tau!! Itu kata-kata hikmat yang aku pegang. Aku suka!! Aku teruja!! Apalagi....start dari itu, aku mencuba setiap resepi yang dipostkan di dalam group, dan kekadang aku sendiri akan mencari resepi2 baru untuk ku cuba.....dan yang paling best setiap apa yang aku masak, suamiku akan kata...sedap la....best la...dan dia akan makan bersungguh2. Maunya tak seronok bila ada yang menghargai apa yang kita buat.
Banyak benda yang aku dah cuba, dari masakan lauk hingga ke kuih - muih sehingga ke kek. Memang betul kata orang-orang tua, perempuan setinggi mana pun dia belajar, akhirnya akan ke dapur juga. Tak kira walauapa keadaan sekalipun. Betulkan?? Aku suka, dan aku rasa semua orang pun suka bila kita buat sesuatu dan dinikmati oleh orang tersayang. Mama suka, papa suka, Karman suka, adik-adik ku juga suka...dan yang peling penting aku...aku puas! Aku puas sebab aku dapat mengembirakan semua oarang dengan membuatkan perut mereka kenyang. Best wo!! Dan Insyaallah, aku akan kekal menjadi isteri yang suka ke dapur, bukan saha untuk makan, tapi menyediakan makanan....