Friday, March 6, 2009

Hari-hari terakhir sebelum bergelar "ISTERI"


Nampaknya aku akan meninggalkan zaman bujang ku...status yang paling aku gemar sejak seabad lalu...sejak aku kecil dari 0 hari sehinggalah 32tahun aku memegang title itu...."Bachelor"
Namun, itu adalah pusingan normal untuk setiap manusia diatas mukabumi ini. Yang muda pasti tua, yang sihat pasti sakit, yang kuat satu hari akan lemah dan yang bujang akan berkelamin. Itu proses yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Aku bersyukur atas nikmat yang diberikan oleh-Nya padaku. Dia memberi aku peluang untuk merasai proses yang telah ditetapkan walaupun sedikit kelewatan. Terima kasih Tuhan. Aku teramat bersyukur atas anugerah dari-Mu.
19 Februari 1977, tepat jam 10.30am seorang bayi comel telah dilahirkan dari rahim seorang wanita yang amat kusayangi. Mamaku melahirkan aku dirumah nenekku di Kg Sialang, Tangkak. Papaku adalah orang yang paling gembira saat itu, kerana dia kini bergelar seorang ayah. Menerima kehadiran cahayamata yang sulung adalah saat yang paling bersejarah dalam hidup semua orang. Betapa papaku terlalu terharu atas pemberian ini, sehingga menitiskan airmata saat itu juga (ni mama aku yg bgtau...hehhehehe). Dengan nada sayu, papaku melaungkan azan ke telinga puteri sulungnya (aku la tu). bayi itu seolah2 mengerti...bahawa itu adalah papanya. kehadiran ku saat itu diterima dengan gembira oleh semua orang. Alhamdulillah...... Papa mendaftarkan kelahiranku di Pejabat Pendaftaran Negara Tangkak dengan nama INTAN LILY JULIEANA BT ROSILY. Gabungan nama papa dan mama ku... Intan (mama), Lily (bahasa papaku pada mamaku) dan Julieana adalah namaku. Dengan nombor pendaftaran sijil kelahiran D565661, kelahiran ku didaftarkan dengan cemerlang. Alhamdulillah, sekali lagi ku bersyukur kepadamu Ya Allah, memberikan aku kedua orang tua yang menyayangi ku, membimbing aku sehabis baik. Tiada sedikit pun kekurangan. Segalanya cuba diberikan kepadaku, mengikut kemampuan papaku yang ketika itu baru beberapa tahun bergelar guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Kapal, Pengerang Johor. Aku bahagia sekali....gembira dikasihi dan disayangi sepenuh hati. Insyaallah selamanya! Amin....
Aku menjalani proses pertumbuhan dengan baik, dengan kehadiran adik-adik ku, yang seramai 5 orang, telah membuatkan aku lebih bahagia. Menjadi kakak yang sulung, tidak payah bagiku kerana mamaku tidak pernah membebankan aku dengan menjaga adik-adik. Aku diberi kebebasan untuk bermain atau apa saja. Yeah!!! Betapa aku gembira sekali, bermain dengan adik-adik ku......dengan rakan sekampung. Dan sesekali kena rotan dengan papaku kerana pulang lambat kerana leka bermain. Rutin harian ku ketika itu hanyalah bermain, belajar dan mengaji. Waktu mengaji adalah pada waktu selepas maghrib...so bila lambat mandi..lambat la pegi mengaji...tu yang kena bantai tu...padan muka aku!!! Dari seorang kanak-kanak perempuan yang sedit comel...hehheheh kepada seorang anak gadis dan kini aku telah menjadi seorang wanita. Wanita yang akan mengakhiri zaman solonya kepada kehidupan berumahtangga. Berkongsi segala-galanya dengan sang suami. Nasib baik suami itu adalah orang yang aku sudah kenali lebih setahun dulu...bayangkan lah jika Family arrangement?? wah!! tak ke naya....nak share segalanya?! "Makan hati tau"
Kini, barulah aku mengerti, betapa aku benar-benar beruntung. memiliki kedua ibubapa yang menyayangi aku sepenuh hati. Memberikan aku didikan yang sempurna. Menyuluh aku kala aku didalam kegelapan. Menumpangkan bahunya untuk aku menangis, apabila aku di dalam kesedihan. Betapa baru ku tahu, menjadi seorang wanita itu bukan mudah. Kekuatan, dan ketabahan menjadi tunggak utama dalam setiap diri seorang wanita. Baru ku tahu, betapa beratnya tangunggan yang mamaku tanggung semenjak bergelar seorang isteri disaat umurnya baru menginjak 18tahun saat dia menikahi papaku. Betapa besarnya pengorbanannya sebagai seorang ibu yang melahirkan anak-anaknya diwaktu umurnya baru berusia 19tahun. Betapa mamaku terpaksa menjaga adik-adiknya sewaktu ibunya meninggalkan dunia ini ketika mamaku baru berusia 10tahun. Dan betapa bangganya aku kerana memiliki seorang mama yang kuat dan tabah. Mama tak pernah merungut pabila anak-anaknya tidak mendengar kata. Mama tak pernah menjerkah, bila aku dan adik2 tak mahu mandi untuk pergi mangaji. Mama tak pernah bersungut kalau papa tak belikan gelang emas. Heheheheh.....nasib baik la....aku pun tak berapa suka pakai barang kemas....rimas.... Cuma mama akan bersungut kalau kami periksa tak dapat nombor satu, tapi mama akan kata "tak pe usaha lagi"! Itulah wajah seorang ibu. Mamaku sayang. Dan aku.....? Bolehkah aku menjadi sepertinya? Menjadikannya idola ku untuk aku terus tabah dan kuat dalam menempuhi segala dugaan dan cabaran dalam hidup ini.
Semoga selepas aku bergelar seorang isteri, aku akan mampu menjadi seperti mama. Kalaupun tidak semua, mungkin sedikit sebanyak perwatakannya akan menyerap dalam sanubariku. Sekurang-kurangnya semangat mama akan membuatkan aku sepertinya. Amin......
Kini hanya tinggal seminggu sebelum aku sah menjadi isteri kepada Karman b. Alias. Ya Allah! Kau kekalkanlah hubungan kami sehingga ke akhir hayat. Kau harmonikan lah rumahtangga aku suami isteri selamanya..... Amin.

2 comments:

Anonymous said...

Ingat ROMO, jadi isteri yg baik dan solehah utk suami tercinta. Dan kemudian jadi ibu yg penyayang utk putera@puteri kelak. Jgn ada rasa sesal setelah berkahwin kerana itu ada pilihan kita dan ketentuan Ilahi. Jgn cepat melatah jika ada sedikit kekalutan dlm alam rumahtangga. Belajar 'mengalah' dlm sesetengah keadaan.

Intan Lily said...

insyaallah kak.....thanks for your advise......sekarang ni tengah belajar banyak perkara....semoga rumahtangga ini memberi seribu kebahagiaan pada orang dan suami...amin....