There was an error in this gadget

Monday, December 22, 2008

Kumpulan Tarian


Mi la gambar aku masa aku standard 1 Melor kat Sek. Ren (K) Ledang, Tangkak Johor 1984. Masa ni ada pertandingan tarian zapin & inang peringkat sekolah2. Kalau dibelek bebetul, mesti tau yang mana satu aku. Aku la budak yang paling cute...hehehehhehe. Cikgu yang mengajar aku menari masa tu ialah Cikgu Norlia, Cikgu Zaidah & Cikgu Latif (arwah). 2 cikgu perempuan tu, adalah cikgu yang paling vogue kat sekolah aku masa tu. Memang posing abis la...mengalahkan artis. (Jangan mare cikgu) Masa tu badan pun tengah ringan lagi, so memang seronok sangat aku menari. Lagi la pulak masa tu bebudak lagi, apa dibuat semuanya nampak comel. Kami buat persembahan sampai kat Balai Polis tau. Lawan antara sekolah2. Memang best la....Yang kelakarnye time cikgu nak make-upkan la...wah! masa tu bukan main suka. Lepas pakai lipstick, mulut tak boleh nak rapat sangat...takut lipstick hilang....kelakarkan...masa bebudak dulu..otak lom matured lagi..tu yang suka bukan main bila dapat di make upkan tu.....Baju kebaya tu ditempah khas untuk kumpulan tarian (standard 1). Yang tak tahan tu warna pink....hush....kalau la sekarang memang pecah muka aku pakai warna pink...warna yang paling aku tak gemar dalam hidup aku....warna adik2 ni...auw!! Seronok kan zaman sekolah dulu...takde pun nak pening fikir macam2...tak payah nak fikir macamana nak cari duit nak bayar hutang, nak menyempurnakan hidup...happy jer...ketawa, gembira....yang paling best leh memain sampai kena bantai dengan papa aku sebab tak tau nak balik mandi & pegi mengaji....hehehehhe sakit tau kena bantai.... Tapi itulah kehidupan...macam satu pusingan...sekarang tahun 1984 dah lama berlalu..dan aku kini deorang DEWASA.

No comments: