There was an error in this gadget

Monday, December 22, 2008

Muzium Negara!!



Since 1987, this is my latest visit to National Museum. Dah lama, i'm not visiting that place. Dasyat kan.... Cuba kalau suruh pegi OU ke, SOGO ke, sure laju punye pegi..nak2 kalau dengar ada sales...heheheh biasa la klu dah namanyer pompuan..pompuan la jugak kan?! Ok...aku nak cerita skit la pasal muzium tu. Memang teruja la bila aku pegi. Ni semua pasal adik aku (Farahin). Dia la yang beria2 sangat nak pegi muzium tu. Kalau aku, xde makna nyer la...malas la... So aku pegi la...kami pergi berempat; aku, adik aku (Elly & Farahin) & Ami (Hubby Elly). Kami pegi dah lambat la jugak, sebab muzium tutup kul 6pm, kami sampai kul 5pm kot...lebih kurang halal la. Masuk2 je...Wow! memang dah lain sangat dah muzium. Berbeza dengan waktu aku mula2 pegi, waktu umur 10tahun. Memang dah cantik sangat. Tempat selesa, menarik. Masuk cuma kena RM2. Murah kan?! Memang worth it. Dalam tu ada 4 section. A,B,C & D. Kami pegi la tgk semua tempat walaupun tak dapat nak lama2. Maklum la kejar masa. Tapi sempat la adik2 aku posing maut. kekkekeke....aku bab2 ni aku tak gemar skit. Ntah la....sebab aku tak cantik macam Erra Fazira. Kalau tak abis full memory card phone aku, penuh dgn gambar je...hehehhe. Gambar kat atas tu, gambar adik aku la, berposing dgn ukiran Hang Tuah. Memang cantik la ukiran tu. Cantik sangat. Halus sangat seni ukir tu. Kira pandai gak la aku membelek2 ukiran tu. Posing tetap posing. Depan pelamin diRaja pun leh memain lagi...apa da korang ni... Tapi tu la, aku nak bagitau, kekadang kita lupa, betapa berharganya peningalan sejarah yang kita kumpulkan di muzium negara ni. Betapa letih dan jenuhnya kerajaan kita mengumpul dan mengabadikan semua tinggalan sejarah ini, untuk ditontonkan pada generasi baru, generasi yang akan datang. Kita terlupa untuk menghargainya, kita terabaikan apa yang sepatutnya kita jaga dan pelihara. Kita terlupa, apabila kita melihat sejarah yang ditinggalkan, betapa kita akan menghargai setiap detik dan saat kemerdekaan yang kita kecapi sekarang ini. Tanpa kemerdekaan yang diperolehi oleh orang2 yang memperjuangkannya, sudah pasti takkan ada OU, Sogo dan segala apa yang kita kecapi hari ini. Dan kita perlu ingat, apa yang kita perolehi ini adalah jerih perit orang dulu-dulu yang sanggup menggadaikan nyawa untuk memiliki apa yang dinamakan KEMERDEKAAN. Jadi, hargailah apa yang kita ada sekarang. Gembira, gembira jugak, tapi jangan lupa "DIMANA BUMI DIPIJAK, DI SITU LANGIT DIJUNJUNG".

No comments: